Selamat Datang ke Blog PS SMKSB

Selamat Datang ke Blog PS SMKSB
Motto Pusat Sumber

Tuesday, December 15, 2009

PERATURAN AM PUSAT SUMBER SEKOLAH

A. PUSAT SUMBER DI BUKA PADA HARI ISNIN HINGGA JUMAAT
(HARI PERSEKOLAHAN) BERMULA PUKUL 8.00 PAGI-4.30 PETANG.


B. DILARANG MASUK TANPA URUSAN/TUJUAN PENDIDIKAN.

C. DILARANG MEMBAWA BEG,FAIL,BUKU PERSENDIRIAN,MAKANAN&MINUMAN KE
DALAM PSS/BILIK TAYANG.


D. DILARANG BERCAKAP DAN MEMBUAT BISING SEMASA BERADA DI DALAM
PSS/BILIK TAYANG.


E. HANYA PELAJAR YANG BERPAKAIAN UNIFORM YANG LENGKAP ATAU KEMEJA"T"
SEKOLAH DIBENARKAN MEMASUKI PSS/BILIK TAYANG.


F. SEMUA PELAJAR DIKEHENDAKI MEMASUKKAN SEMULA KERUSI DI BAWAH MEJA
SELEPAS MENGGUNAKANNYA SEBELUM MENINGGALKAN PSS/BILIK TAYANG.


G. DILARANG MENGUBAH KEDUDUKAN KERUSI MEJA DI DALAM PSS/BILIK TAYANG.

H. DILARANG MEMBAWA KELUAR BUKU,MAJALAH,AKHBAR DAN LAIN-LAIN TANPA
PROSES YANG SAH ATAU KEBENARAN GURU.


I. GURU YANG MENGIRINGI PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MENINGGALKAN PELAJAR
TANPA PENGAWASAN.


J. GURU PENYELARAS ATAU PEMBANTU PSS BERHAK MENGARAHKAN PELAJAR
BALIK KE KELAS SEKIRANYA GURU TIDAK BERSAMA PELAJAR.


K. PELAJAR DIKEHENDAKI MENYUSUN KASUT-KASUT DAN BEG DI RAK YANG
DISEDIAKAN.


L. PELAJAR DIKEHENDAKI PEKA DENGAN ARAHAN YANG TERTULIS DI PAPAN-PAPAN
TANDA.

AJK Pusat Sumber 2009


Penasihat: Puan Marpuaton binti Sastero

Pengerusi: Tn Hj Mohd.Zawnwi bin Salikin

Setiausaha: Halimahton Sakdiah binti Hj Abdullah

Pen.Setiausaha:Fauziah Hanim bt Abd Ghafar

Perpustakaan: Norhaslina bt Isnin

NILAM:Siti Ajar bt Aripin

Penerbitan: Nor Azzah bt Mohamed Ramli

Guru Perpustakaan dan Media




Halimahton Sakdiah binti Haji Abdullah.
bermula menjadi GPM pada 4 Mac 2009.

Visi, Misi dan Motto PSS

VISI

Mewujudkan PSS yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan mengikut keperluan semasa kepada warga SMKSB(khususnya pelajar)untuk menguasai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran di samping membantu guru dalam proses pengajaran.


MISI

1. Mewujudkan PSS yang lengkap kemaskini dan berwibawa dalam memenuhi keperluan
wawasan pendidikan masa kini.

2.Menggalakkan penggunaan PSS sebagai gedung ilmu kepada warga SMKSB menerusi budaya membaca.

3.Berusaha secara bersepadu untuk melahirkan pelajar cemerlang


MOTTO

Gedung Ilmu Pemangkin Kecemerlangan

Bengkel Pembinaan Blog


Bengkel Pembinaan Blog telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru,Tanjong Karang pada 28 - 29 Oktober 2009.Bengkel ini telah dihadiri seramai 21 orang Guru Perpustakaan dan Media setiap sekolah ahli PKG Tanjong Karang.

Friday, September 4, 2009

LENCANA SEKOLAH



LENCANA SEKOLAH

Lambang-lambang pada lencana sekolah

Buku:

Lambang ketinggian ilmu pengetahuan

Lilin:

Cahaya penyuluh jiwa

Dua gelang berbentuk heksagon:

12 orang tenaga pengajar berkhidmat di Sekolah Menengah Sungai Burong

Padi:

Pelajar-pelajar terdiri daripada anak-anak petani yang bersawah padi

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Warna-warna pada lencana sekolah

Merah: Keberanian

Biru: Perpaduan

Kuning: Raja

Putih: Kesucian

PIAGAM PELANGGAN SMK SUNGAI BURONG

PIAGAM PELANGGAN

Penyayang,prihatin,pembimbing untuk merealisasikan visi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan berbudi pekerti tinggi,maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menyempurnakan hak –hak pelanggan kamiseperti berikut:-

Kepada pelajar:

Memberi peluang serta layanan yang adil kepada semua pelajar untuk memperkembangkan potensi diri melalui pendidikan dan prasarana yang berkualiti.

Kepada guru dan staf:

Menyediakan suasana kerja yang selesa dan memberangsangkan untuk melahirkan guru dan pekerja yang berdedikasi ,kreatif dan inovatif.

Kepada ibu bapa,penjaga dan masyarakat:

Memberi layanan yang mesra dan cekap di samping prihatin terhadap sebarang pandangan dan maklum balas.